World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Tuesday, October 25, 2011

Lawak betollahh!! ^_^ wikikikikiki!!

Assalamualaikum, hari ini aku malas nak citer panjang. Aku cuma upload gambar2 yang agak2 lawak laaa..saje nak memeriahkan blog nih..Tanpa membuang masa lagi!! mempersembahkan!!..

Gambar 1
Fuhhh..rockstar turun berperang tuuu

Gambar 2
Macam ni ler rupa FACEBOOK pada waktu ketika dahulu


Gambar
Pantang menyerah sebelum ajal


Gambar 3
Yeah!! tudia! kuda panjang, boleh memuatkan penumpang yang ramai dalam satu masa


Gambar 4
anjing saper lar ni yep? panjang bebeno badan dia..


Gambar 5
Apabila pencuri gigi palsu terkantoi


Gambar 6
Ni mesti pengaruh ngan citer kartun kat dalam TV tu..sampai jadi camni tupai2 negara kita..ish3


Gambar 7
Add Image
Errr..Coca Cola untuk tupai sahaja ya...jangan minum..haramm


gambar 8
Kucing bertangan manusia..kih3!

Add Image

Duit Duit Duit

Assalamualaikum yaaaa pembaca-pembaca semua. Hari ini saya berasa amat rajin untuk update blog ini,setelah sekian lama tinggal..hihihihihihihi.

Ok tanpa membuang masa la,topik kita hari ini ialah tentang DUIT. Ya duit, post kali ini aku nak cerita pasal DUIT je sebab dalam dunia zaman sekarang ni semua benda kena pakai benda kertas tu.
Apa yang anda dapat buat dengan duit RM50 ni?. Bagi orang-orang yang agak KAYA, duit ni ibarat gula-gula kapas je, tak sampai 1 jam pon boleh habiskan duit yang nilainya hanya sebanyak ini. Anak yang darjah 2 pon da bagi duit belanja sebanyak nih. Fuhhh..(jangan didik anak dengan duit) Akan tetapi bagi orang-orang yang agak susah, duit ini boleh buat pelbagai benda dan amat berharga bagi mereka. Jadi hargailah D.U.I.T!..

Melihat kepada dunia zaman sekarang ni anak2 muda macam aku nih sentiasa lupa dan alpa dengan duit-duit nih. Pantang ada duit sikit,nak beli itu lah, ini lah...ish3..(tp aku x macam tu,thihihihi). Kalau tengok ibu-ibu zaman sekarang nih,tudiaaa beli baju kat anak tak main ar RM30-RM50, Kalau beli mesti RM100 ke atas, baju plak mesti beli kat butik-butik terkenal, tak main ar stakar Giant,Mydin n etc...hehehe..

Kadang-kadang aku pon heran, buat apa beli mahal-mahal kan? tak membazir ke? anak baru umo 6-7 tahun da habis ribu-ribu. Daripada boros camtu lebih baik simpan dalam tabung haji ke,sedekah ke,pegi umrah ke,hape ke..ish3..Ni aku ada kisah nak cerita sikit. Pada suatu harii,(woha,macam cite ape lae plak)..Ok2 citer dia camni, aku ada seorang kawan mase sekolah dulu, nama dia Azwan, kalau tengok budak tu dari luaran nampak macam selekeh jew,dalam kata lain "miskin la".Tiap-tiap hari bawak bekal,tak beli makanan kat kantin, kadang kala nampak kesian. Akan tetapi, pada suatu hari aku melihat benda yang agak mengagumkan aku. Bila time balik skolah je, bapak budak tu mai jemput dia pakai kete ALPHARD kottt..fuhh..selepas siasat rupa-rupanya budak nih anak JUTAWAN!!..Fuuhhh!!!..Ayah budak tu memang tak ajar anak dia dengan kemewahan, siyes aku kagum dengan dorang nih sampai skang aku ingat kat dia, dah la kaya,tak sombong,pandai hargai duit,tak belagak..fuhhh! waaa tabikkk la tuu Azwan!..Itu la yang dinamakan orang kaya yang cerdik, kerana pada kajian dan pendapat aku, bapak dia sengaja buat budak tu nampak macam miskin sebab takut orang culik anak dia. kah3!..terbaekk!!..

errr..aku rase idea aku pon da takde nak curahkan kat sini, ayat karangan aku da macam ayat budak sekolah dah..lame tak tulis essayyy BM nih..banyak kesalahan ejaan..kih3!..rasanya setakat ini saja..sehinggaa bertemu lagi dalam post yang akan datang..bye3 ^_^

Wednesday, October 5, 2011

Kisah Aweks cun Dan Lelaki Beriman

Di pendekkan cerita, Suatu hari tu, ada seorang lelaki yang berjanggut, bercelak, berserban, berjubah putih, berbau minyak atar, dan ada kayu sugi terjulur di poket kanannya, telah di sakat oleh gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu.

Gadis itu mengajuk bunyi kambing, sempena janggut yang bermarajalela di dagu lelaki itu.

“Mbekkk”

Semua orang di tempat kejadian ketawa kecuali lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat kepala dan merenung tepat ke arah gadis itu.

Gadis itu mula suspen.

Lelaki itu merenung gadis itu tanpa berkelip.

Gadis itu bertambah suspen dan semua kawan kawan gadis yang ketawa tadi telah berhenti ketawa dan turut suspen bersama gadis yang suspen tadi

Lelaki itu angkat tangan kanannya sedang jari telunjuk diacukan ke muka gadis urban itu. Gaya seorang yang ingin menembak.

Suasana semakin suspen

Lelaki itu membuka mulutnya.

Oh suspendnya!

Tiba tiba terdengar lelaki itu berkata dengan kuat dan tegas!:

“I will marry you!”

Semua orang diam dan gadis itu terus terkasima dan pegun laksana si tanggang yang di sumpah menjadi batu.

Lelaki itu beredar dan terus ke masjid sedang gadis gedik macam biri biri old mc Donald had a farm, e-i-e-i-o.. tu. Terkasima, diam seribu bahasa termasuk hati kecilnya juga tidak mampu berbicara..

***********
http://keretamayat.blogspot.com

Followers