World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Wednesday, November 16, 2011

Mark Zuckerberg Masuk Islam?

Pada bulan April 2011, dunia perhubungan dan teknologi maklumat digemparkan dengan khabar angin Mark Zuckerberg CEO Facebook tentang penukaran agama beliau kepada agama Islam. Keputusan beliau dikeluarkan oleh Facebook selepas mengumumkan berita 24 jam penutupan Facebook pada 2 Oktober sempena Hari Haiwan Ladang Sedunia .

Mark Abu Bakar - Nama Islam beliau
kata Mark Abu Bakar ;


I’ve been wanting to convert since a very long time. Yesterday, when we finally decided to shut down Facebook for 24 hours in October, i took some time out to think about what actually defines my life. I came to the conclusion that if there’s no Facebook, there’s no Mark Zuckerberg. That’s when it hit me. I was lucky that someone on Facebook had a web app for online conversion, so i went forward with it. Yes, its true. The app also posted a notification on my wall, you can check it out. May the lord be with you


Beliau juga berfikir tentang penutupan secara keseluruhan laman sosial Facebook dan memberikan lebih keutamaan untuk tumpu pada sesuatu yang memberi keputusan yang positif. Katanya lagi, pejabat rasmi Facebook akan berpindah ke Afghanistan.

Apabila bertanya tentang pendapat Steave Jobs, Apple's CEO, beliau berasa gembira bagi pihak Abu Bakar dan berharap Facebook akan bergabung dengan MicroApple untuk menjadi MicroFaceApple. Sebagai tanda penghormatan, sebuah iPod Nano diberikan kepada Abu Bakar.


Kesahihan berita ini tak dapat aku pastikan, kerana artikel di atas hanyalah terjemahan penuh berdasarkan beberapa artikel dan ia telah tersebar pada 7 bulan yang lepas. Syukur kepada Allah jika ianya betul, jika salah, mudah-mudahan, ianya akan menjadi sesuatu kenyataan. Mark Zuckerberg menjadi Mark Abu Bakar.

Hentikan sikap mengutuk dan mencaci orang, walaupun yang dicaci dan dikutuk bukan beragama Islam.

Bukankah lebih baik beranggapan baik ?

Khabar angin ye . . .

Saya beragama Islam, dan Islam mengajar saya untuk menghormati semua orang. -

benda ni aku copy dari http://busuk.org/ping/view/45191
bulat2 aku copy/paste.hahaha

Video Editing

Arini aku nak bincang pasal video editing...sebelum tu tengok video kat bawah nih dulu...zaaappp!

video

woha! terbaek kan?..hahahahhaha, nak tahu software ape aku guna??...zappp! tengok dibawah nih!


Yeah! Video Studio Pro X3, boleh dapatkan dipasaran yang terdekat (tu pon kalo ada) dan kalo anda rajin, boleh la download di www.jethornet.com. Siap dia bagi key lagi. Kalo internet kat rumah anda laju boleh la download dan bagi yang internet slow macam siput tu, saya mencadangkan anda beli je kat kedai, tak sampai RM20 aku beli (yang cetak rompak). hahahahaha! pengakuan jujur.



Software ni senang digunakan, tengok gambar kat atas nih. Semua effect dia dah bagi, cuma letak je. Software ni berlainan dengan Adobe after effect tu. Adobe After effect amat rumit untuk digunakan. Jadi, selamat mencuba!! ^_^

Tuesday, November 15, 2011

Blog aku simple aje


Ya! betul, blog aku simple aje. Tidak ada lagu,graphic yang style,layout yang memukau jiwa wah!. Hahahahaha. Aku tidak suka blog yang ada lagu, kerana menganggu focus aku untuk baca apa yang ada dalam blog, jadi jika korang nak aku baca blog korang, cepat-cepatlah buang lagu. hahaha. Untuk membina blog yang baik, korang perlu ada idea yang baik dan dapat menarik perhatian orang, contohnya wat citer gempak2 dan lawak2 dan sama waktu dengannya. Selain dari itu, kalau boleh jangan duk letak banyak sangat perhiasan-perhiasan seperti kartun doraemon laa,kucing la hape laa, sebab kalau ada banyak benda-benda macam ni, blog korang akan jadi berat nak mampos (macam gajah). OK aku pon tak tau kenapa aku tulis benda-benda tidak penting macam nih,hahaha...sekian sahaja..Assalamualaikum...

Saturday, November 12, 2011

Sebuah basikal untuk peragut


SEORANG lelaki menunggang sebuah basikal.


WENZHOU, China – Seorang lelaki mencampakkan basikal yang ditungganginya ke arah dua peragut yang menunggang sebuah motosikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakannya itu menyebabkan kedua-dua peragut itu terjatuh bersama motosikal yang ditunggangi mereka.

Kedua-dua peragut itu meragut dompet seorang wanita di sebatang jalan raya di sini.


LELAKI menunggang basikal mencampakkan basikal ke arah motosikal yang dinaiki dua peragut.

Wanita itu berlari ke arah motosikal peragut itu dengan menjerit supaya kedua-dua penyenayah tersebut ditangkap.

Jeritan itu didengari lelaki yang menunggang sebuah basikal yang kebetulan melalui jalan yang dilalui motosikal peragut tersebut.

Lelaki itu dengan penuh keberanian mencampakkan basikalnya ke arah motosikal peragut menyebabkan kedua-dua penjenayah tersebut terjatuh.

Hero itu kemudian berjalan ke arah kedua-dua penjenayah tersebut dengan berani seperti aksi pelakon Clint Eastwood untuk mengambil dompet tersebut.


DUA peragut yang menaiki sebuah motosikal terjatuh (dalam bulatan) kerana terkena balingan basikal.

Namun dia berubah dan berpatah balik untuk melarikan diri selepas kedua-dua penjenayah itu bangun mengejarnya.

Adegan itu dilihat oleh beberapa pengawal keselamatan sebuah bangunan yang kemudian menangkap peragut tersebut sebelum polis tiba.


--> Jika anda nampak peragut, hadiahkan lah sebuah basikal untuk dorang tu..sekian..sebelum terlupa, ni video dia kat bawah, sila la tengok ye, tak lama pon video dia..

video

Petua Berguna, Amalkan

Petua Imam Syafi’e

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR:

1. TIDUR PARA NABI – Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH – Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA – Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN – Menelangkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Friday, November 11, 2011

Vlogger???

Assalamualaikum...(jawab salam dulu,hahaha)
Masa lapang cuti sem aku dipenuhi dengan aktiviti menonton Vlogger Malaysia. "Menatang apa Vlogger nih?". Vlog ialah blog yang diupdate menggunakan video. Kalau blog kite menyampai sesuatu benda dengan tulisan, tapi vlog ni menggunakan video. Jadi tak ar letih nak menaip cerita panjang2.wahaha..

Kat bawah nih ialah Vlogger2 yang agak glamour ar..style kot video dorang..terbaek!!..

Video pertama jatuh kepadaa..jeng3....
tadaaaaa!! Matluthfi90!!

Malaihh aihh nak citer panjang-panjang, tengok je ar--->








Video kedua jatuh kepadaaaa...
Anwarhadi!!..wohaaaaa...

Tudia! anok Hadi!...dia ni orang utara kot..sama ar ngan matluthfi tu..Depa ni memang style baq ang..aku suka ar tengok dan dengar depa duk speaking..hah ni link dye http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi




Dan banyak lagi video-video seperti ini kat Youtube. Aku cuma citer pasal 2 orang ni je..ni dia, link kat bawah nih..hahhaahha

--> http://www.youtube.com/user/shortnap (Maria Elena)
--> http://www.youtube.com/user/shahrincool(ShahrinCool)
--> http://www.youtube.com/user/maccaboyz91 (<--orang ganu ite tuu..hahaha)

Sebenarnya benda ni da lama wujud kot, cuma aku je yang ketinggalan bas..baru jumpe bulan lepas,hahahaha..jadi setakat ini saja pertemuan kita. Sehingga bertemu lagi...

Wednesday, November 9, 2011

Status yang biasa diupdate kat FACEBOOK


Assalamualaikum..arini aku nak kongsi skit pasal kajian aku tentang manusia dan status facebook,,hehehe. Berdasarkan kajian aku selama beberapa hari ni, aku mendapat keputusan seperti di bawah ini:


1. Status mengeluh
-Asal aku bukak FB je ade je nampak orang duk mengeluh..

Contoh>> "Arrrghhh..panas giler arini!..nak kuar pon malas!" , "Alaaaa..hujan plakk dah arini,macam mane nak kuar nihh???"


2. Status jiwang karat
-Bile bace je status dye mesti pasal cinta...cintaa....(kdang2 bosan gak aku tgok,HAHAHA!)

Contoh>> "Andai kau dapat melihat hatiku ,Andai saja kau dapat membaca fikiranku,Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku,Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku,Cintailah aku dengan kesungguhanmu...(Woha!)


3. Status Perasan Unik
-Update status dye macam lain daripada orang dan menyusahkan orang..HAHAHA!

Contoh>>i- tulisan bersambung "ErrmmApEnAkBuatHaRiNiEk??BoSaNLoRH"
ii- short font "AFK">Away From Keyboard "AFL">Away From Life..HAHA!


4. Status Serba tahu
-Status serba tahu, padahal x tau pon ape yang dia cakap

Contoh>>"kiamat akan berlaku 2012" <<(bodo)
"Malaysia akan jatuh pada 2013 bla bla bla...." <<(mangkuk!)


5. Status semua benda nak bagitau
-Semua benda nak public,semua benda nak kena bagitau kat orang

Contoh>> "Sekarang ni I ade kat umah, tengah online n dengar lagu" <<(tak tanye pown..P
"I nak makan lah...laparr lerrrrr...." <( pegi la mamp0s..HAHA!)
"I nak pegi mandyy dulu lah..ade sape nak ikut?" <(ko giler!)


6. Status Bangga Diri atau Menunjuk-nunjuk
-Slalu sangat aku bace bende2 camni..hahahahaha!

Contoh>> "Sekarang ni I ade kat Tokyo Disneyland, bercuti 5 hari 5 malam ngan family..best giler!!" , "Abang I ade kete ferrari, U ade? wellkk2" , "yey, esok papa aku nak belikan aku kete BMW!,yey!"


7. Status Gedik
-Biasanya oleh golongan wanita..HAHAHA~

Contoh>> "eeeeeuuuuwwwww....geli dan jijikk laa I tengok kucing tuu..tak sukewwww tawwwww" <(aku lagi jijik dan geli bace status kaw!)


8. Status Copy Paste
-errr...agaknya da xde modal nak update ape kot..

Contoh>> "Setiap manusia akan mati,anda tidak mampu mengubahnya" <(dicopy dari keretamayat.blogspot.com)


9. Status Relationship
-Suka tukar status relationship untuk tarik perhatian orang ramai

Contoh>> "Samad in a relationship with semek" , "Samad change relationship to single"...


10.
Status nak tarik perhatian
-Ermmmm..nak suh orang komen banyak2!.HAHAHA!

Contoh>> "I sekawrang daaa singlew 100%, sapew nak masuk silew lah isi borang yewww..nak yang encem2 dan cun2 jew tau..bye3 muahhh3x love u alll" <<(hotak kau!)


11.
Status mengumpat dan mengata
-Errr..bnde ni aku paling marah, x pasal ngan aku berdosa skali sbb duk baca status dia

Contoh>> "ceh pakai tudung konon,padahal perangai macam setan!,tiap-tiap malam kuar ngan jantan! tak masuk syurga ko nanti, phui!..." <<<(ko pon akan masuk neraka sama,jangan bimbang)


Aku rase setakat ini sahaje la kot..aku pon rase malas nak tulis panjang-panjang, sebab aku tak minat sangat blogging2 ehh..malas nak menaip..biasanya blogging2 nih keje pompuan, depa lebih rajin wat2 citer2,ngumpat2..kah3!..errr segala salah dan silap harap diampunkan, cerita ini hanyalah berdasarkan kajian aku terhadap diri aku sendiri, (wow,nak cover)..jadi andai terkasar bahase,atau terase ambe mitok maaff la yeee..hehehehe

Followers