World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Saturday, November 12, 2011

Sebuah basikal untuk peragut


SEORANG lelaki menunggang sebuah basikal.


WENZHOU, China – Seorang lelaki mencampakkan basikal yang ditungganginya ke arah dua peragut yang menunggang sebuah motosikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakannya itu menyebabkan kedua-dua peragut itu terjatuh bersama motosikal yang ditunggangi mereka.

Kedua-dua peragut itu meragut dompet seorang wanita di sebatang jalan raya di sini.


LELAKI menunggang basikal mencampakkan basikal ke arah motosikal yang dinaiki dua peragut.

Wanita itu berlari ke arah motosikal peragut itu dengan menjerit supaya kedua-dua penyenayah tersebut ditangkap.

Jeritan itu didengari lelaki yang menunggang sebuah basikal yang kebetulan melalui jalan yang dilalui motosikal peragut tersebut.

Lelaki itu dengan penuh keberanian mencampakkan basikalnya ke arah motosikal peragut menyebabkan kedua-dua penjenayah tersebut terjatuh.

Hero itu kemudian berjalan ke arah kedua-dua penjenayah tersebut dengan berani seperti aksi pelakon Clint Eastwood untuk mengambil dompet tersebut.


DUA peragut yang menaiki sebuah motosikal terjatuh (dalam bulatan) kerana terkena balingan basikal.

Namun dia berubah dan berpatah balik untuk melarikan diri selepas kedua-dua penjenayah itu bangun mengejarnya.

Adegan itu dilihat oleh beberapa pengawal keselamatan sebuah bangunan yang kemudian menangkap peragut tersebut sebelum polis tiba.


--> Jika anda nampak peragut, hadiahkan lah sebuah basikal untuk dorang tu..sekian..sebelum terlupa, ni video dia kat bawah, sila la tengok ye, tak lama pon video dia..

video

No comments:

Post a Comment

Followers