World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Friday, February 24, 2012

Kisah Gadis-Gadis Facebook Zaman Sekarang


Seorang gadis comel sedang mengambil gambar dalam handphone .. 'Klik !' 'Klik!' dengan berbagai aksi comel .. dia ambil lagi gambarnya .. posing dengan penuh kemanjaan dan cute~~ 'Klik !' 'Klik !' tiba2, dalam fikirannya

" nak upload dlm fb lah.."

untuk memberi harapan orang akan memujinya .. dan akhirnya .. upload sudahlah gambar2nya didalam fb .. satu persatu tekan 'like'.. satu persatu .. memberikan komen yang boleh membanggakan dirinya..'comel la u ni..' wau.. u cute..' pandai nya u posing..'
...
Tidak sedarkah anda ? Anda tidak menutup aurat , sudah berdosa.. orang tengok gambar anda tidak menutup aurat dalam facebook , orang itu dapat dosa..anda dapat dosa lagi.. orang yang tekan 'like' dapat dosa ..anda berdosa lagi.. orang yang memuji anda dapat dosa.. dosa anda bertambah lagi.. lagi dan lagi .. selama mana ia ada dalam internet , selama itulah dosa anda berlipat kali ganda. !

Berubahlah wahai wanita.. marilah kita sama2 bertaubat pada ALLAH .. mohon ampun
sebelum terlambat.

Wanita yang comel =
Wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Wanita yang sweet =
Wanita yang banyak diam dengan lelaki ajnabi.

Wanita yang romantik =
Wanita yang mengharapkan cinta dari Allah.

Wanita yang charming =
Wanita yang sering mengingatkan lelaki tentang cinta Allah.


p/s: benda ni pon aku copy/paste je..untuk renungan bersama..



Followers