World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Tuesday, April 10, 2012

Tips2 kalo terjumpa hantu

Kalau nampak hantu jangan takut...Beranikan diri dan ikut tips dibawah

Hantu Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang
baru masak ni memang mudah cari
kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali
pengikat di atas kepalanya
dan tarik kain balutannya.Sudah tentu dia
akan berasa malu rana dia tidak pakai apa
apa pun, selain kain kapan pembungkusnya
tu.


Hantu Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi
beranikan diri anda tenung balik muka dia
sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk
cermin muka kat dia,pasti dia tersipu-sipu
malu.


Hantu Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak
dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama.
Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar
jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang
saja, sambutlah hari
raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak
main meriam buluh, suruh
kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak
kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti
lain dia nak buat.


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia, kita hendaklah
meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada
disitu.


Hantu Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka
saja,dan paling mudah untuk
menewaskannya.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan
telunjuk dan lihat gerak-gerinya
mengimbangi badan untuk berdiri tegak.


Hantu Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi
duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat
duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik
bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana
nak tukar duit satu sen
banyak2 tu



Hantu Ponteng
Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-
hantu ni cam korang lerrr..takder kerja lain
asyik ponteng kerja ngan kelas jer, lepaih tu
nengok e-mail..macam sekarang nih..sah-
sah tengah ponteng nie..macamana
nak jawab..korang sendiri gak jadik
hantu..jadi bawak-bawaklah buat
kerja ... ..


LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH
TAKUT2 NGAN HANTU..TAKUT PADA
DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI
SENDIRI LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA
HANTU!!!!!!!!"



sumber---> http://diary96.multiply.com/

No comments:

Post a Comment

Followers