World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Tuesday, July 9, 2013

Masalah orang melayu?? kecelaruan maklumat????

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang dinanti nanti oleh umat islam seluruh dunia. Ok, back to our topic, bila bercerita tentang masalah dunia ni memang pening dan memang takkan habis masalah nih. Kadang-kadang benda ni la jadi hiburan, tapi benda ni juga boleh memeningkan kepala. Setiap hari aku tengok berita, baca surat khabar dan online facebook. Daripada situ aku boleh tengok bertapa banyaknya masalah dalam dunia ni. Tak kira dari budak sekolah sehingga mereka yang dah tua berumur. Masalah pertama aku nak cerita ni pasal masalah orang kita, ORANG MELAYU, ORANG ISLAM. kenapa orang melayu? orang lain tak buat masalah ke???, hehe bukan macam tu, cuma kita ni sebagai orang melayu mesti la tegur menegur jika ada salah dan silap, kalau tak siapa lagi kan?.

Baru ni kecoh pasal video, budak sekolah buat pengakuan apa ntah, (aku pon tak tangok habis lagi video tu). Cuma aku sempat baca komen-komen dekat bawah video tu je, dan apa yang aku nampak amat menyedihkan sekali. komen-komen serta ayat-ayat yang dilontarkan amatlah dasyat sekali. Sampai ada yang membabitkan mak bapak. Pastu ada pulak yang edit gamba, buat ayat macam-macam sehingga malu budak tu. Lepas aku tengok kejadian tu aku pon cuba la siasat, tak munkin budak yang nampak baik macam tu saje-saje nak share video macam tu kan?.. godek punye godek maka jumpa la blog budak tu. Dan bila aku baca apa yang dia tulis rasa kesian dan pelik dengan sikap orang kita ni yang TERUS MENGHUKUM. Nah korang baca la apa budak tu tulis BACA NI. Aku bukannya nak payung atau bckup budak ni, tapi aku rasa macam tak adil la orang buat macam tu. Bagi aku setiap orang ada buat masalah, cuma nampak atau tak je. Aku rasa yang nampak perfect ni lagi teruk dari yang nampak buruk tu..hahahaha!. 

Masalah keduantya ialah orang yang suka TUNJUK PANDAI dan suka showoff. KEKUCINGAN apakah ini?. walau hidup aku baru 21 tahun dekat dunia tak kekal ni, aku berkawan dengan ramai orang, samaada face-to-face atau dalam alam maya (online). Dari situ macam-macam manusia aku jumpa, yang paling jadi trend dan ikutan sekarang ni ialah budaya menunjuk-nunjuk ilmu. Kalau tengok dari segi percakapan macam dia tak nak kita tahu yang dia pandai, tapi sebaliknya. Dan ada juga yang suka menunjuk-nunjuk harta-harta meraka, tapi yang tu aku tak kisah sangat, dah lumrah manusia macam tu, suka menunjuk-nunjuk, sampai makan kat KFC pon nak snap gamba.hahahahhaha . Hok tu kite tolok tepi dulu. Yang jadi masalahnya sekarang ni apabila ada antara mereka dah pandai buat hukum sendiri. hahhahaha apakah???? nak2 masa PRU13 hari tu. Semua orang sibuk nak tunjuk kelebihan masing-masing dengan merendah, MEMFITNAH pihak lawan. KEKAMBINGAN apakah ini????? yang ni duk salahkan yang tu, yang tu pulak duk fitnah yang ni. Ada yang cakap undi bla bla bla masuk neraka, undi bla bla bla plak pembangunan tak naik, apakah ini??? siapakah anda nak menentukan masa depan? masa depan milik Allah. Kita perlu usaha untuk menjamin masa depan kita, bukannya sibuk duk mentafsir dan meramalkan masa depan kita dengan siapa. Sebelum PRU13 aku pernah gak lepak2 kat ceramah2 kempen2 semua tu. Tapi aku pegi ke dua belah pihak. Bagi aku dua2 sama je. HAHAAHAHA.. masing2 nak menjatuhkan sesama sendiri. Kalau betol lah politik ikut islam kan, kenapa tak satukan dua parti jadi satu je?? kan bagus macam tu.

Dan bila sebut pulak pasal hukum sendiri ni kan, aku masih keliru lagi sebenarnya. Macam2 orang bagi aku maklumat, bagi aku ilmu. Tapi kedua-dua benda ni nampak berlawanan. Yang ni cakap haram, yang ni pulak cakap tak haram. Aku ni suka main muzik, pastu ada la juga aku seaerch kat google ni kan hukum main muzik ni. Ada yang cakap muzik ni tak haram, sebab kat syurga tu hiburan pertama adalah muzik. 

Aku masih lagi diawan-awangan sebenarnya. Aku pon tak tahu kenapa jadi macam ni, timbul macam2 statement, macam2 fakta. Ni semua mungkin ramai yang mengkaji hadith, tapi salah tafsir, bahasa al-quran hadith tu kan tinggi. kena betul2 faham. Dan bila benda ni jadi macam ni kita yang kurang skit dalam bab2 hadith ni semua ibarat layang2 putus tali la jawabnya. Nak dengar ustaz ni cakap  macam tak boleh percaya, nak dengar ustaz tu cakap pulak macam ragu-ragu. Apa-apa pon aku akan terus berusaha untuk mencari jalannya..insyaAllah suatu hari nanti akan jumpa.


sebenarnya ada banyak lagi aku nak tulis, tapi oleh disebabkan diri ini kurang warass untuk menulis, aku mengambil keputusan untuk stop kat sini je....apa2 pon selamat menjalani ibadah puasa, dan selamat memburu malam seribu bulan. InsyaAllah..amin...

Thursday, June 27, 2013

Hobi

Assalamualaikum...

Setiap orang mempunyai hobi masing-masing, seperti game, memancing, merempit, main muzik, pukul orang dan sebagainya. Hobi aku?, kalau masa aku budak-budak dulu aku suka melukis, pastu main layang2, dan macam2 hobi aku masa tu. Dan selepas aku meningkat remaja aku suka main game, sebab masa tu baru timbul seketul komputer kat rumah aku ni haa.. lepas tu bila meningkat lagi remaja skit lam form 4 aku minat magic, buat magic, tengok show magic dalam youtube dan sebagainya...what is magic? magic occur when impossible become possible. Aku suka buat benda2 macam ni, sebab bila aku buat aku dapat kepuasan dengan seni yang unik tu dan aku percaya semua orang suka magic. Dulu aku suka tengok orang yang nama Ezad ni wat magic > tgok ni > http://www.youtube.com/watch?v=mHMzhzZ7cx8

Dan lepas aku habis sekolah pulak hobi aku bertukar lagi kepada music. Pergi beli setandan gitar pastu belajar, belajar dan belajar sampai pandai. Hobi ni kekal sampai sekarang sebenarnya. Dan bila aku masuk UiTM pulak, hobi aku bertukar lagi kepada fotografi. Aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat fotografi ni..mungkin sebab seni fotografi ni lebih indah kot..hahaha! kat bawah ni ada sikit hasil2 fotografi dari aku, yang tak seberapa dan yang sedang baru belajar nih....






sekian sahaja dari aku....terima kasih kerana sudi membaca post yang tak seberapa ini...sebenarnya malas nak update blog nih..hahahhaha...

Tuesday, May 21, 2013

Kemalangan Dihadapan Tunang Sehingga Darah Terpercik Ke Bajunya


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Kisah yang sungguh menyayat hati apabila kita membaca apabila perempuan kehilangan tunangnnya di depan mata dan malang pula menimpa gadis itu. Berikut adalah kisahnya.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn Seorang anakjutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan.

Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli KFC di Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantinperempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.
Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama sepertiayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa.
Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru.

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”
Ini lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang…
err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..hehehehhhhehehehh……”

copy/paste je >>> http://www.ohpisang.com

Friday, January 25, 2013

Hack Facebook 100% berjaya!!!!!

Assalamualaikum...

Dalam pos kali ini, aku akan mengajar teknik yang paling mudah dan paling berkesan untuk mendapatkan kata laluan, dengan kata lain akaun, Facebook milik orang lain.

Cara ini sebenarnya ialah rahsia. Oleh sebab Mark Zuckerberg hanya memahami Bahasa Melayu dengan bantuan Google Translate, maka tutorial ini amat susah untuk difahami oleh beliau sekaligus melambatkan proses membaiki masalah ini



Seperti biasa, aku akan menyenaraikan item-item yang perlu disediakan:
*Mampu menggunakan komputer
*Memiliki sebuah komputer yang lengkap
*Sambungan Internet, sama ada Ethernet ataupun Wi-Fi
*Sebuah akaun Facebook
*Target untuk penggodaman
*WARAS
Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

 *Sambung komputer anda kepada suis terdekat
*Hidupkan komputer anda
*Pastikan komputer anda disambungkan ke Internet, kemudian layari http://www.facebook.com/
*Log masuk ke dalam akaun anda
*Tunggu target anda untuk masuk ke dalam talian (online)
*Buka ruangan sembang (chat) dengan target anda
*Pancing target anda dengan kemahiran anda sendiri seperti bertanya khabar dan sewaktu dengannya
*Langkah seterusnya ialah langkah terakhir. Untuk memastikan Mark Zuckerberg tidak menterjemah langkah terakhir ini, aku sengaja menekan butang "Enter" supaya beliau tidak sedar langkah ini wujud. Sila skrol ke bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



.


.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

Taip dalam ruangan sembang seperti ini "Hai, I merayu kat u nie.. Plsss bg I email + password untuk akaun facebook u leh tak?" kemudian tekan "Enter"
Penggodaman selesai.


HAHAHHAA!! jgn marohh noh..aku copy paste je bnde nih.

credit http://busuk.org

Followers