World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Tuesday, July 9, 2013

Masalah orang melayu?? kecelaruan maklumat????

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan ramadhan, bulan yang mulia, bulan yang dinanti nanti oleh umat islam seluruh dunia. Ok, back to our topic, bila bercerita tentang masalah dunia ni memang pening dan memang takkan habis masalah nih. Kadang-kadang benda ni la jadi hiburan, tapi benda ni juga boleh memeningkan kepala. Setiap hari aku tengok berita, baca surat khabar dan online facebook. Daripada situ aku boleh tengok bertapa banyaknya masalah dalam dunia ni. Tak kira dari budak sekolah sehingga mereka yang dah tua berumur. Masalah pertama aku nak cerita ni pasal masalah orang kita, ORANG MELAYU, ORANG ISLAM. kenapa orang melayu? orang lain tak buat masalah ke???, hehe bukan macam tu, cuma kita ni sebagai orang melayu mesti la tegur menegur jika ada salah dan silap, kalau tak siapa lagi kan?.

Baru ni kecoh pasal video, budak sekolah buat pengakuan apa ntah, (aku pon tak tangok habis lagi video tu). Cuma aku sempat baca komen-komen dekat bawah video tu je, dan apa yang aku nampak amat menyedihkan sekali. komen-komen serta ayat-ayat yang dilontarkan amatlah dasyat sekali. Sampai ada yang membabitkan mak bapak. Pastu ada pulak yang edit gamba, buat ayat macam-macam sehingga malu budak tu. Lepas aku tengok kejadian tu aku pon cuba la siasat, tak munkin budak yang nampak baik macam tu saje-saje nak share video macam tu kan?.. godek punye godek maka jumpa la blog budak tu. Dan bila aku baca apa yang dia tulis rasa kesian dan pelik dengan sikap orang kita ni yang TERUS MENGHUKUM. Nah korang baca la apa budak tu tulis BACA NI. Aku bukannya nak payung atau bckup budak ni, tapi aku rasa macam tak adil la orang buat macam tu. Bagi aku setiap orang ada buat masalah, cuma nampak atau tak je. Aku rasa yang nampak perfect ni lagi teruk dari yang nampak buruk tu..hahahaha!. 

Masalah keduantya ialah orang yang suka TUNJUK PANDAI dan suka showoff. KEKUCINGAN apakah ini?. walau hidup aku baru 21 tahun dekat dunia tak kekal ni, aku berkawan dengan ramai orang, samaada face-to-face atau dalam alam maya (online). Dari situ macam-macam manusia aku jumpa, yang paling jadi trend dan ikutan sekarang ni ialah budaya menunjuk-nunjuk ilmu. Kalau tengok dari segi percakapan macam dia tak nak kita tahu yang dia pandai, tapi sebaliknya. Dan ada juga yang suka menunjuk-nunjuk harta-harta meraka, tapi yang tu aku tak kisah sangat, dah lumrah manusia macam tu, suka menunjuk-nunjuk, sampai makan kat KFC pon nak snap gamba.hahahahhaha . Hok tu kite tolok tepi dulu. Yang jadi masalahnya sekarang ni apabila ada antara mereka dah pandai buat hukum sendiri. hahhahaha apakah???? nak2 masa PRU13 hari tu. Semua orang sibuk nak tunjuk kelebihan masing-masing dengan merendah, MEMFITNAH pihak lawan. KEKAMBINGAN apakah ini????? yang ni duk salahkan yang tu, yang tu pulak duk fitnah yang ni. Ada yang cakap undi bla bla bla masuk neraka, undi bla bla bla plak pembangunan tak naik, apakah ini??? siapakah anda nak menentukan masa depan? masa depan milik Allah. Kita perlu usaha untuk menjamin masa depan kita, bukannya sibuk duk mentafsir dan meramalkan masa depan kita dengan siapa. Sebelum PRU13 aku pernah gak lepak2 kat ceramah2 kempen2 semua tu. Tapi aku pegi ke dua belah pihak. Bagi aku dua2 sama je. HAHAAHAHA.. masing2 nak menjatuhkan sesama sendiri. Kalau betol lah politik ikut islam kan, kenapa tak satukan dua parti jadi satu je?? kan bagus macam tu.

Dan bila sebut pulak pasal hukum sendiri ni kan, aku masih keliru lagi sebenarnya. Macam2 orang bagi aku maklumat, bagi aku ilmu. Tapi kedua-dua benda ni nampak berlawanan. Yang ni cakap haram, yang ni pulak cakap tak haram. Aku ni suka main muzik, pastu ada la juga aku seaerch kat google ni kan hukum main muzik ni. Ada yang cakap muzik ni tak haram, sebab kat syurga tu hiburan pertama adalah muzik. 

Aku masih lagi diawan-awangan sebenarnya. Aku pon tak tahu kenapa jadi macam ni, timbul macam2 statement, macam2 fakta. Ni semua mungkin ramai yang mengkaji hadith, tapi salah tafsir, bahasa al-quran hadith tu kan tinggi. kena betul2 faham. Dan bila benda ni jadi macam ni kita yang kurang skit dalam bab2 hadith ni semua ibarat layang2 putus tali la jawabnya. Nak dengar ustaz ni cakap  macam tak boleh percaya, nak dengar ustaz tu cakap pulak macam ragu-ragu. Apa-apa pon aku akan terus berusaha untuk mencari jalannya..insyaAllah suatu hari nanti akan jumpa.


sebenarnya ada banyak lagi aku nak tulis, tapi oleh disebabkan diri ini kurang warass untuk menulis, aku mengambil keputusan untuk stop kat sini je....apa2 pon selamat menjalani ibadah puasa, dan selamat memburu malam seribu bulan. InsyaAllah..amin...

2 comments:

  1. nice one! penulisan dr pengalaman yg sgt bernas.. keep it up..kecelaruan maklumat: tajuk mcm relate dgn IM jee. hehe..

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha....dah lame x tulis blog nih...dantak suke sngat tulis blog..btw thx yeee krana singgah dan komen skali...mwhahahaa

    ReplyDelete

Followers