World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Saturday, December 20, 2014

Antara Kaya Dan Miskin

Assalamualaikum yaa bakal ahli syurga semua...

Sebelum ana bercerita ana mahu anta semua tengok video ini dahulu

Satu video ''EXPERIMENT" yang dilakukan oleh pemuda Denmark. Lelaki ini melakonkan watak sebagai pengemis dimana beliau meminta makanan daripada orang awam. Selepas itu pemuda itu membuat perbandingan dengan pengemis jalanan. Dimana pengemis jalanan ini lebih mulia daripada masyarakat yang nampak kaya tetapi sebaliknya. Video 3 minit yang memberi banyak pengajaran kepada kita semua. Betul kata-kata dalam video ini, kadang2 pengemis ini lebih kaya daripada kita.

~Teringin jugak aku buat video ni kat malaysia, dan aku yakin orang-orang malaysia semua pemurah~

Kerang Naik Ke Darat, Dikaitkan Dengan Tsunami? #SALAH KE?

fuhh, sedap ni...


Assalamualaikum bakal ahli syurga semua...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita meminjam udara Allah bagi ni.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cerita ''kerang naik ke darat'', Hehehehe. Mesti ramai yang dah tahu kan, kejadian berlaku di Kuala Terengganu, di pantai Rusila, dan yang terbaru berlaku di pantai Seberang Takir. Dengar je berita  tu, maka berduyun-duyun lah rakyat terengganu pergi ke sana, untuk mengutip kerang-kerang tersebut.

Dengan terjadinya peristiwa tersebut, yang diangaap pelik oleh penduduk setempat, maka terdengarlah suara-suara makcik dekat kampung ni yang mengatakan “tsunami nok mari” (bahase ganu tubik doh). Aduhaiii mok cik, Allah nak bagi rezeki pon bersangka buruk, dah rezeki naik, pegi lah ambil, jangan tolak rezeki. Ada juga yang marah suami nya pergi ke pantai, katanya bahaya, tsunami nok mari!!! . Kadang-kadang aku terfikir juga, kalau  yang tak pergi kutip kerang ni tak mati ke? Tak kena tsunami ke??, namanya ajal ni dimana-mana boleh terjadi, walau duduk diam-diam dalam rumah, datang malaikat maut tetap kena pulang ke tempat asal.

Nak pegi kutip kerang tu tak salah, tapi jangan lah sampai membahayakan nyawa pula, jagan sampai tinggal solat, dan jangan sampai bergaduh pula. Berebut kawasan katanya, si Abu ni asalnya datang awal ke tempat tu, tiba-tiba si Ali pula parking khemah dan melombong kerang disitu! Hah! Gaduh besar la pula!! .
Kerang ni makanan, yang mana orang makan benda tu, ia adalah rezeki Allah nak bagi, dan ia juga adalah ujian. Allah nak menguji kita, jika diberi rezeki seperti itu adakah kita akan bersyukur?. Sama-sama kita muhasabah diri.

~Kalau la suatu hari nanti keluar dalam berita, “ribuan emas dan berlian terdampar di pantai Teluk Ketapang, Terengganu!!”. Aku rasa ramai yang lupa dunia dah, (termasuk aku, hehe)

Wednesday, November 19, 2014

Belajar Dari Semut


Assalamualaikum bakal ahli syurga semua.... 

Setelah sekian lama tidak menulis.. huhuuhuhu

Hari ini nak bercerita pasal semut pulak. Kenapa Allah cipta semut?, bukan kah semut itu selalu menyusahkan kita? pantang tinggal makanan je mesti beliau datang (chewah ayat) . Sebenarnya banyak kita tidak tahu tentang semut ni. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari semut ni. 

1-  RAJIN
Ya, dari kecil lagi kita dengar kisah semut ni, mereka terkenal dengan sikap rajin. Kalau korang ikut pergerakan semut ni korang akan nampak kerja mereka ni macam mana. makanan dengan sarang bukan main jauh lagi, pastu bila sampai kat sarang dorang pegi balik tempat makanan tu, dan ambil lagi dan lagi dan lagi.

2-  AMANAH
Amanah? hah mesti pelik kan, tapi ni memang betul, semut ni dia tak curi makanan kawan dia, kalau korang tengok betul2 la kan, disepanjang perjalanan semut tu, kalau makanan kawan dia terjatuh dia takkan ambil. (kajian aku sendiri selama beberapa minggu) hehe

3-  BEKERJA DENGAN IKHLAS
Yang ni aku respect kat semut ni, dorang bekerja bukan macam kita ni. Selalunya semut2 ni tak pernah (MENGULAR), dalam kata lain ponteng, main facebook semasa kerja dan sebagainya.. hehe... sepanjang perjalanan semut ni, bila dia selisih dengan rakannya dari seberang dia akan teruskan perjalanan, tak de la nak ajak kawan dia tu pegi minum kopi ataupun main FACEBOOK.

4- BERSATU TEGUH BERCERAI KAWIN LAGI (hehe)
Yaaa..bersatu . Semut ni terkenal dengan sikap ukhwah, persaudaraan yang kukuh. Katakan korang pegi kacau sarang dia, tengok apa jadi. walau dia semut tapi bila mereka bersatu tak jadi semut dah tu.

5- LU DATANG CARA ELOK WA LAYAN ELOK, WA DTG TEMPAT LU WA TAK KACAU LU
Errkk.... apa tu????, hah kalau korang nak tahu la kan, semut ni ada satu lagi sikap special. Berdasarkan kajian aku selama beberapa hari ni, semut ni ada sikap yang boleh kita kagumi. Contoh, sekarang ni musim banjir, maka si semut2 ni berpindah la ke tempat2 yang lebih selamat, dengan meninggalkan sarang2 mereka serta makanan2 yang tak dapat diselamatkan lagi. Jadi mereka pon cari la tempat perlindungan kat dalam bilik aku. Yang aku peliknye, dia tak pernah pulak gigit aku masa aku tidur. tu tandanya apa?? tandanya semut ni kalau mereka datang tempat orang mereka datang dengan penuh adab tata tertib.. wah!!! dasyat!.. hehehe


sekian sahaja cerita semut dan kajian aku setakat ini

KENAPA ALLAH CIPTA SEMUT???

"kalau semut takde camner nak jual racun semut semua tu kan?" hehehe.. 

Friday, March 21, 2014

lame tak membebel

Assalamualaikum....

Kadang-kadang benda yang merepek itu akan menjadi benda yang unik dan berguna, nowadays perjalanan hidup amat mencabar, untuk berjuang di dunia ni kita mesti fikir di luar kotak. Pengalaman dan cabaran dalam hidup amat penting untuk menentukan masa depan yang cerah. Kalau boleh la kan, kita ni kena buat semua benda, tak kisah la jadi tukang mop lantai ke, cuci tandas ke, yang penting pengalaman tu. Zaman sekarang aku tengok orang kerja semata mata kerana duit, (memang la kerja untuk duit) tapi beza orang kerja untuk duit dan kerja untuk cari pengalaman ni lain.

Nak berjaya mesti kena ada target, usaha, cabaran, pengalaman dan yang penting DOA. sesungguhnya rezeki datang dari Allah. Dan rezeki tu ada dimana-mana, cuma perlu rajin je, kalau kerja pon malas, malas berfikir, suke duk umah je cmner rezeki nak masuk kan?

-tetibe aku rase nk post bende2 camni kat blog, sekian saje untuk waktu dan saat ini-

~tips nak kaya > pegi masjid letak la duit lam tabung masjid tu, ikhlaskan hati, insyaAllah kalau tak dapat ganjaran kat dunia kita dapat kat akhirat kelak (dunia kekal selamanya)~

Followers