World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Wednesday, November 19, 2014

Belajar Dari Semut


Assalamualaikum bakal ahli syurga semua.... 

Setelah sekian lama tidak menulis.. huhuuhuhu

Hari ini nak bercerita pasal semut pulak. Kenapa Allah cipta semut?, bukan kah semut itu selalu menyusahkan kita? pantang tinggal makanan je mesti beliau datang (chewah ayat) . Sebenarnya banyak kita tidak tahu tentang semut ni. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari semut ni. 

1-  RAJIN
Ya, dari kecil lagi kita dengar kisah semut ni, mereka terkenal dengan sikap rajin. Kalau korang ikut pergerakan semut ni korang akan nampak kerja mereka ni macam mana. makanan dengan sarang bukan main jauh lagi, pastu bila sampai kat sarang dorang pegi balik tempat makanan tu, dan ambil lagi dan lagi dan lagi.

2-  AMANAH
Amanah? hah mesti pelik kan, tapi ni memang betul, semut ni dia tak curi makanan kawan dia, kalau korang tengok betul2 la kan, disepanjang perjalanan semut tu, kalau makanan kawan dia terjatuh dia takkan ambil. (kajian aku sendiri selama beberapa minggu) hehe

3-  BEKERJA DENGAN IKHLAS
Yang ni aku respect kat semut ni, dorang bekerja bukan macam kita ni. Selalunya semut2 ni tak pernah (MENGULAR), dalam kata lain ponteng, main facebook semasa kerja dan sebagainya.. hehe... sepanjang perjalanan semut ni, bila dia selisih dengan rakannya dari seberang dia akan teruskan perjalanan, tak de la nak ajak kawan dia tu pegi minum kopi ataupun main FACEBOOK.

4- BERSATU TEGUH BERCERAI KAWIN LAGI (hehe)
Yaaa..bersatu . Semut ni terkenal dengan sikap ukhwah, persaudaraan yang kukuh. Katakan korang pegi kacau sarang dia, tengok apa jadi. walau dia semut tapi bila mereka bersatu tak jadi semut dah tu.

5- LU DATANG CARA ELOK WA LAYAN ELOK, WA DTG TEMPAT LU WA TAK KACAU LU
Errkk.... apa tu????, hah kalau korang nak tahu la kan, semut ni ada satu lagi sikap special. Berdasarkan kajian aku selama beberapa hari ni, semut ni ada sikap yang boleh kita kagumi. Contoh, sekarang ni musim banjir, maka si semut2 ni berpindah la ke tempat2 yang lebih selamat, dengan meninggalkan sarang2 mereka serta makanan2 yang tak dapat diselamatkan lagi. Jadi mereka pon cari la tempat perlindungan kat dalam bilik aku. Yang aku peliknye, dia tak pernah pulak gigit aku masa aku tidur. tu tandanya apa?? tandanya semut ni kalau mereka datang tempat orang mereka datang dengan penuh adab tata tertib.. wah!!! dasyat!.. hehehe


sekian sahaja cerita semut dan kajian aku setakat ini

KENAPA ALLAH CIPTA SEMUT???

"kalau semut takde camner nak jual racun semut semua tu kan?" hehehe.. 

2 comments:

Followers