World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Saturday, December 20, 2014

Kerang Naik Ke Darat, Dikaitkan Dengan Tsunami? #SALAH KE?

fuhh, sedap ni...


Assalamualaikum bakal ahli syurga semua...alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk kita meminjam udara Allah bagi ni.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang cerita ''kerang naik ke darat'', Hehehehe. Mesti ramai yang dah tahu kan, kejadian berlaku di Kuala Terengganu, di pantai Rusila, dan yang terbaru berlaku di pantai Seberang Takir. Dengar je berita  tu, maka berduyun-duyun lah rakyat terengganu pergi ke sana, untuk mengutip kerang-kerang tersebut.

Dengan terjadinya peristiwa tersebut, yang diangaap pelik oleh penduduk setempat, maka terdengarlah suara-suara makcik dekat kampung ni yang mengatakan “tsunami nok mari” (bahase ganu tubik doh). Aduhaiii mok cik, Allah nak bagi rezeki pon bersangka buruk, dah rezeki naik, pegi lah ambil, jangan tolak rezeki. Ada juga yang marah suami nya pergi ke pantai, katanya bahaya, tsunami nok mari!!! . Kadang-kadang aku terfikir juga, kalau  yang tak pergi kutip kerang ni tak mati ke? Tak kena tsunami ke??, namanya ajal ni dimana-mana boleh terjadi, walau duduk diam-diam dalam rumah, datang malaikat maut tetap kena pulang ke tempat asal.

Nak pegi kutip kerang tu tak salah, tapi jangan lah sampai membahayakan nyawa pula, jagan sampai tinggal solat, dan jangan sampai bergaduh pula. Berebut kawasan katanya, si Abu ni asalnya datang awal ke tempat tu, tiba-tiba si Ali pula parking khemah dan melombong kerang disitu! Hah! Gaduh besar la pula!! .
Kerang ni makanan, yang mana orang makan benda tu, ia adalah rezeki Allah nak bagi, dan ia juga adalah ujian. Allah nak menguji kita, jika diberi rezeki seperti itu adakah kita akan bersyukur?. Sama-sama kita muhasabah diri.

~Kalau la suatu hari nanti keluar dalam berita, “ribuan emas dan berlian terdampar di pantai Teluk Ketapang, Terengganu!!”. Aku rasa ramai yang lupa dunia dah, (termasuk aku, hehe)

No comments:

Post a Comment

Followers