World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Sunday, August 16, 2015

Ibu Oh Ibu...

Anda disarankan menekan button play pada video ini untuk membaca dalam keadaan yang khusyuk lagi syahdu..hehe





Semasa kita berumur 1 tahun, Ibu menyuap kita makan dan memandikan kita. Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam.
Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai.
Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon. Kita membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.
Semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya. Kita membalas budinya dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah. Kita membalas budinya dengan menjerit , ” SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH”.
Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih.
Apabila kita berumur 11 tahun, Ibu membelikan kita sebiji bola sepak. Kita membalas budi Ibu, dengan menendang bola dan memecahkan cermin tingkap rumah jiran kita.
Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah
Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa Ibu tak ada “TASTE”.
Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.
Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira. Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
Apabila kita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menhantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang- sampai ke hostel kita. Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu dilihat kawan-kawan.
Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata ” Ibu ni kepohlah!!”
Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, ” saya tak mahu jadi macam ibu!!”
Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri – Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan.
Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga – Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu.
Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelifon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, ” Zaman sekarang lain Ibu..!!!!”
Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menelifon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan berkata ” saya sibuk!!!!”
Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera

Suatu hari, ibu meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Disaat itu kita pulang ke kampung setelah bertahun lamanya tidak pulang, kelihatan badan ibu kaku, mata ibu tertutup rapat, muka ibu pucat, muka ibu juga tersenyum.. disaat itu kita tidak mampu berkata apa-apa lagi, hanya mampu memanggil "ibuu!!"..dengan linangan air mata kita memeluk, mengucup dahi ibu. "Ibu sudah tidak dapat membalas pelukan mu wahai anakku.. ibu sangat sayang padamu.. ibu pergi buat selama-lamanya, kenanglah ibu selalu, sentiasa doakan ibu, sedekah kan ibu al-fatihah.. terima kasih anak ku, kerana hadir di dalam hidup ibu, semoga kita bertemu lagi di syurga wahai kesayangan ibu"...

*Duhai anak, hargai orang tua mu, sementara mereka masih ada...


Kisah Semut Versi Komik, Membuatkan Anda "TERKESIMA"

Ciptaan semut itu bukan sia-sia...sama-sama kita mengambil pengajaran dari kisah semut ini.

(click pada gambar untuk tumbesaran,,hehe)







Thursday, July 2, 2015

Setiap Ciptaan Ada Maksud Tersirat

Pernahkah kita terfikir kenapa lalat dicipta? . Lalat , ialah pencinta sampah, dimana ada sampah disitu ada lalat, jika berkait rapat dengan sampah pasti lalat ada. Kadang-kadang rasa begitu mengganggu dengan kehadiran mereka.
Ciptaan lalat bukanlah sia-sia, Kita diberi akal untuk berfikir. Bayangkan jika lalat tidak ada. - Pastinya susah nak buat bisness racun lalat - Pastinya susah nak mengenal pasti makanan di kedai itu bersih atau tidak - Dan yang jelas, pastinya susah untuk mengesan najis jika lalat tidak wujud Jadi, setiap ciptaan itu amat istimewa, ALLAH MAHA BESAR!!! , takbir!!

Apa Yang Kita Nak Selalu Tak Dapat, Apa Yang Kita Tak Suka Kini Ia Menjadi Hobi Kita

Assalamualaikum ya bakal ahli syurga semua.. semoga sihat hendaknya... Sewaktu kecil kita mempunyai cita-cita. Apabila ditanya, "Samad, kamu nak jadi apa bila besar nanti?", lantas kita menjawab, "saya ingin menjadi pilot cikgu!". Dan kawan-kawan lain juga berkongsi cita-cita mereka kepada semua. Kadang-kadang kita tidak suka cita-cita kawan kita, seperti menjadi cikgu, menjadi penulis, mahupun menjadi perdana menteri. Tak semua cita-cita itu menjadi kenyataan, mungkin ada yang berjaya menggapai cita-cita yang mereka impikan. Sewaktu kecil ada diantara kita benci membaca buku, lagi-lagi buku tanpa gambar seperti novel. Dan apabila umur meningkat remaja, perkara yang dibenci itu tiba-tiba menjadi hobi pula, setiap cerita dan novel kita beli dan baca. Kita merancang Allah menentukan, begitulah hidup kita. Masa depan milik Allah, kita hanya berusaha dan berdoa untuk menjadi terbaik. Secara kesimpulan, tak semua cita-cita wajib kita sempurnakan, zaman sekarang, dimana nampak peluang, sambarlah ia, genggam lah ia, kerana itu akan menjadikan kita lebih baik dari yang terbaik!!.. selamat merebut peluang!!!

Wednesday, May 27, 2015

Download Photoshop CS 5, PERCUMA!! Tiada Key Diperlukan!



Adobe photoshop ialah salah satu software dimana kita boleh mereka, mengedit ataupun mengolah gambar. Ia adalah software professional yang digunakan oleh graphic designer, photographer dan juga web designer. Banyak kelebihan yang ada pada photoshop ni, memang mengambil masa untuk mahir dalam menggunakan software tersebut, tetapi percayalah, apabila anda dapat menguasai ilmu photosho, nescaya anda tidak bosan menggunakannya...wah!!


Kalau nak beli di kedai teramatlah mahal harga software ini, jadi kat sini saya sediakan link untuk dowload, anda boleh download software DISINI

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!!!!

Monday, May 18, 2015

Khas Untuk Peniaga Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perniagaan ialah satu pekerjaan yang menguntungkan, baginda rasulullah juga ialah salah seorang ahli perniagaan. 9/10 rezeki juga datangnya dari perniagaan. Pada abad ini ramai anak-anak melayu telah menceburi bidang perniagaan, samaada offline mahupun online.

Beberapa hari ini saya memerhati sudah ramai rakan-rakan di facebook saya yang telah menceburi bidang perniagaan atas talian. Ada yang menjual tudung, minyak wangi, produk kecantikan, produk kesihatan dan lain-lain lagi. Sememangnya amat menguntungkan jika melakukan perniagaan atas talian ni. 

Akan tetapi terlalu ramai yang berfikiran seperti kita, jadi saingannya menjadi semakin ramai. Kita perlu bersaing dengan penjual-penjual yang lain, dari segi marketing ataupun iklan. Ramai juga pelanggan yang tidak percaya dengan penjual-penjual online ini, jadi untuk mendapatkan kepercayaan mereka, kita perlu berfikir diluar kotak, dan menjadi lain dari yang lain.

Dari pemerhatian saya, ramai yang peniaga hanya menumpukan di satu tempat sahaja, iaitu mediasosial, seperti facebook, twitter, instagram dan lain-lain. Memang bagus, tetapi untuk mendapatkan lebih kepercayaan lagi anda memerlukan lamanweb anda sendiri. Dengan adanya lamanweb anda sendiri, produk dan syarikat anda akan lebih dipercayai. Ia juga lebih professional apabila kita memiliki alamat atau domain name kita sendiri. Sebagai contoh www.kedaikreatif.com 

Memang, untuk membuat lamanweb ini kita memerlukan sedikit modal, akan tetapi, ia juga adalah satu langkah untuk memajukan perniagaan kita lagi. Bukan sahaja di malaysia, malah seluruh dunia mampu akses lamanweb kita itu. Melalui lamanweb, anda juga mampu membuat perniagaan dengan syarikat terbesar di dunia, iaitu google. Google telah mengadakan satu sistem, iaitu google adsense, dimana kita hanya meletakkan iklan google di lamanweb kita, dan setiap per/ klik, google akan membayar kepada kita. Sekurang-kurangnya kita dapat side income untuk membayar sewa domain setiap tahun. Cukup mudah sekali.

Untuk mendapatkan lamanweb dengan harga yang murah, anda boleh klik pada gambar promosi lamanweb di sebelah kiri blog ini. ataupun klik disini untuk menempah atau pertanyaan soalan.

Monday, January 5, 2015

Skim Cepat Kaya, Gores Dan Menang, MLM #MANIPULASI CARA LAMA MENJADI LEBIH MENJADI!!

Jika dahulunya terkenal program "gores dan menang" (nak je aku gores muke kau) , pastu skim cepat kaya, dimana kita laburkan RM5 dan RM5 itu akan jadi 10,000 dalam masa 2 bulan (kuda kepang betul kau)

itu dahulu punya cerita, brtapa ramai yang tertipu pada masa itu.. munkin tidak dapat mndapat pndedahan, yela, internet pon xde, astro lagi la, tetibe datang program macam tu, yang tak pernah mereka dengar.. (labur RM5 boleh jadi 10k, sape tanak bhaiii) 



zaman sekarang lagi la dasyat permainan dia, "awak cuma bayar RM3000, dan awak akn ada syarikat anda sndiri, tak prlu nk fikir mntnance, bil lektrik smua tu, tak prlu nk spend duit juta2 untuk tubuhkan syarikat. Kerja awak senang je, labur RM3000 lepastu cari partner, suruh dia join "BAWAH AWAK" .. , dan awak cuma perlu cari 4 orang dibawah awak, lepas tu awak boleh "RELAX dan GOYANG KAKI", menikmati duit2 masyuk.. (sistem piramid dikesan disitu!!) 

memang la, dgr ayat di atas cepat je korang bole detect smething wrong kan?, hahaha.. tapi mereka hebat, mereka tak direct macam tu.. mereka ada produk mereka sendiri, produk yang tiada guna langsung sebenarnya, ianya untuk mngaburi mata sahaja ... 

~zaman semakin maju, pelbagai cara digunakan untuk berada di atas, sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan harta, kadang2 sampai menggunakan agama, aku sayangkan bangsaku, nak masuk sesuatu program lebih baik kaji dahulu, jgn cepat sngat nk kejar2 jadi kaya, apa kata duit RM3000 tu kita buat modal, bukak gerai kecik2, jual cendol, beger, dengan teknik jualan, iklan yang baik dan berkesan RM3000 tu boleh jadi RM30,000 sebulan... nak masuk sesautu program tu tak salah, tapi berfikir lah secara bijak, jangan mengikut nafsu~

Followers