World Of Warcraft, WoW Pointer 13

Thursday, July 2, 2015

Setiap Ciptaan Ada Maksud Tersirat

Pernahkah kita terfikir kenapa lalat dicipta? . Lalat , ialah pencinta sampah, dimana ada sampah disitu ada lalat, jika berkait rapat dengan sampah pasti lalat ada. Kadang-kadang rasa begitu mengganggu dengan kehadiran mereka.
Ciptaan lalat bukanlah sia-sia, Kita diberi akal untuk berfikir. Bayangkan jika lalat tidak ada. - Pastinya susah nak buat bisness racun lalat - Pastinya susah nak mengenal pasti makanan di kedai itu bersih atau tidak - Dan yang jelas, pastinya susah untuk mengesan najis jika lalat tidak wujud Jadi, setiap ciptaan itu amat istimewa, ALLAH MAHA BESAR!!! , takbir!!

Apa Yang Kita Nak Selalu Tak Dapat, Apa Yang Kita Tak Suka Kini Ia Menjadi Hobi Kita

Assalamualaikum ya bakal ahli syurga semua.. semoga sihat hendaknya... Sewaktu kecil kita mempunyai cita-cita. Apabila ditanya, "Samad, kamu nak jadi apa bila besar nanti?", lantas kita menjawab, "saya ingin menjadi pilot cikgu!". Dan kawan-kawan lain juga berkongsi cita-cita mereka kepada semua. Kadang-kadang kita tidak suka cita-cita kawan kita, seperti menjadi cikgu, menjadi penulis, mahupun menjadi perdana menteri. Tak semua cita-cita itu menjadi kenyataan, mungkin ada yang berjaya menggapai cita-cita yang mereka impikan. Sewaktu kecil ada diantara kita benci membaca buku, lagi-lagi buku tanpa gambar seperti novel. Dan apabila umur meningkat remaja, perkara yang dibenci itu tiba-tiba menjadi hobi pula, setiap cerita dan novel kita beli dan baca. Kita merancang Allah menentukan, begitulah hidup kita. Masa depan milik Allah, kita hanya berusaha dan berdoa untuk menjadi terbaik. Secara kesimpulan, tak semua cita-cita wajib kita sempurnakan, zaman sekarang, dimana nampak peluang, sambarlah ia, genggam lah ia, kerana itu akan menjadikan kita lebih baik dari yang terbaik!!.. selamat merebut peluang!!!

Followers